1.0
PENGENALAN
Fiberglass merupakan
satu bahan gentian yang diperbuat daripada kaca yang sangat halus. Ia digunakan
sebagai agen penguat di dalam pelbagai produk polimer; yang mana menghasilkan bahan komposit.
Contoh polimer adalah seperti fiber-reinforced polymer atau glass-reinforced
plastic (GRP) yang lebih
dikenali umum dengan nama "gentian kaca".
Dari segi bahasa, fiberglass dapat
didefinisikan sebagai gentian kaca yang diperbuat daripada filamen-filamen kaca
yang halus bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer setiap filamen.
Manakala, dari segi teknikal, ia merupakan gentian kaca yang dihasilkan dari
kaca bermutu tinggi dan mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding dengan
keberatannya.
Sejak berzaman, para pembuat kaca
melakukan ujian dengan gentian kaca, tetapi pengeluaran besar-besaran gentian
kaca hanya dapat dilakukan dengan penciptaan alatan mesin yang lebih baik. Pada
tahun 1893, Edward Drummond
Libbey telah
mempamerkan satu pakaian di Pameran Dunia
Columbia yang
menggabungkan gentian kaca dengan gentian-gentian tekstur diameter dan sutera. Ia pertama kali dipakai oleh artis
wanita popular pada waktu itu iaitu Georgia Cayvan.
Namun begitu, "gentian kaca" yang dikenali pada
hari ini telah dicipta pada tahun 1938 oleh Russell Games
Slayter dari Owens-Corning sebagai satu bahan untuk digunakan
sebagai penebat. Ia telah dipasarkan di bawah jenama Fiberglass, yang
mana telah menjadi jenama umum.
2.0
PENGENDALIAN PRODUK FIBERGLASS
2.1
ASPEK KESELAMATAN
Keselamatan merupakan perihal selamat,
kesejahteraan atau keselamatan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi
daripada masalah sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi,
pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan dan kejadian yang
tidak diingini. Keselamatan juga
boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan
hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapatkan
keselamatan tersebut.
Dalam setiap aktiviti, tugas atau
kerja aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Begitu juga dengan aktiviti yang
melibatkan penggunaan fiberglass. Kerja-kerja
berkaitan ‘fibreglass’ adalah satu kemahiran yang tidak terhad kepada mereka yang
pakar sahaja. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai minat
dengan bimbingan seseorang yang berpengalaman mengenainya. Apa yang penting
adalah mengetahui perkara-perkara asas tentang ‘fiberglass’ dan cara
mengerjakannya.
Walau bagaimanapun apa jua kepakaran di dalam
bidang pembuatan yang diceburi akan memerlukan masa yang lama untuk menjadi
pekerja yang mahir. Apa yang penting ialah persekitaran tempat kerja serta
peralatan dan tunjuk ajar yang betul. Merujuk kepada aspek keselamatan, bahan
fiberglass adalah selamat digunakan jika langkah-langkah keselamatan diutamakan
dan dipraktikkan.
Semasa bekerja sentiasa pastikan bahawa bahan
ini mempunyai wap yang mudah terbakar dan jangan dihidu. Selain itu, tempat
kerja hendaklah sentiasa mempunyai aliran udara yang mencukupi, dan jangan merokok
atau mendekati api yang menyala semasa bekerja. Setelah selesai membuat kerja,
bahan-bahan yang digunakan hendaklah disimpan dengan baik.
Melalui aspek keselamatan juga, perlindungan
peribadi perlu dititikberatkan. Antaranya ialah:
i)
Mata/muka
Pakai kaca mata keselamatan
dengan perlindungan tepi atau cermin mata kimia. Lebih-lebih lagi gunakan
pelindung muka apabila wasap pemprosesan terkondensasi dari bumbung, saluran
dan lain-lain permukaan.
ii)
Kulit
Pakai sarung tangan
keselamatan untuk mengelakkan daripada tersentuh wasap pemprosesan yang
terkondensasi. Pakai seluar panjang, baju berlengan panjang dan kasut
keselamatan.
iii)
Pernafasan
Apabila wasap pemprosesan dan habuk atau serbuk dari proses sekunder tidak dapat dikawal sepenuhnya, gunakan alat pernafasan yang diluluskan untuk perlindungan daripada wap organik dan gas.
Apabila wasap pemprosesan dan habuk atau serbuk dari proses sekunder tidak dapat dikawal sepenuhnya, gunakan alat pernafasan yang diluluskan untuk perlindungan daripada wap organik dan gas.
2.2
CARA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA
Bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau
didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau
campuran. Manakala, perkataan “kimia” boleh merujuk kepada apa-apa bahan kimia
di dalam sesuatu produk daripada industri kimia.
Terdapat beberapa
cara atau kaedah semasa menggunakan bahan kimia. Antara cara yang perlu diikuti
adalah seperti berikut:
1.
Baca
label nama bahan kimia dengan cermat sebelum menggunakannya kerana jika berlaku
sebarang kesalahan akan menimbulkan kecelakaan. Selain itu, simbol yang
terdapat pada sesuatu bahan kimia juga menunjukkan tentang sifat bahaya,
beracun atau mudah terbakar.
2.
Gunakan
bahan kimia dengan jumlah yang sesuai. Hal ini telah ditunjukkan dalam label
yang terdapat pada bahan kimia tersebut. Penggunaan bahan kimia harus betul,
sukatan yang sesuai kerana jika tersalah menggunakannya akan mengundang bahaya
kepada diri.
3.
Digalakkan memakai pelindung diri yang sesuai
ketika menggunakan bahan kimia yang berbahaya.
4.
Jangan sesekali mencium terus bau/gas yang
terdapat pada bahan kimia tersebut tetapi perlu gunakan tangan untuk mengibas
gas supaya tidak sampai ke arah hidung.
5.
Jika tangan atau pakaian terkena bahan kimia,
segera cuci tempat tersebut dengan air yang mengalir.
6.
Jika membersihkan larrutan kimia yang tumpah
di atas meja kerja, harus dilihat sifat bahan kimianya dahulu supaya tidak
berlaku masalah yang berlarutan terhadap diri.
7.
Setelah seseorang itu siap bekerja dengan
menggunakan sebarang bahan kimia, perlu dicuci tangan hingga bersih sebelum
makan dan minum.
Selain itu, cara penggunaan bahan kimia dapat
dilihat berdasarkan contoh berikut:
Jika seseorang itu menggunakan resin
yang merupakan bahan mentah utama dalam fiberglass langkah-langkah berikut
perlu diambil kira iaitu:
i.
Elakkan bahan tersebut terkena
mata atau kulit.
ii.
Gunakan pelindung mata dan muka,
sarung tangan getah dan pakaian yang sesuai semasa melakukan kerja.
iii.
Bahan mudah terbakar hendaklah
dielakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan simpan di dalam setor
berkeadaan suhu yang tidak panas.
iv.
Pastikan tempat kerja mempunyai
peredaran udara yang baik dan cukup.
v.
Gunakan topeng pernafasan
sekiranya keadaan memerlukan.
vi.
Sentiasa tutup bekas bahan-bahan
yang digunakan.
2.3
CARA
PENYIMPANAN BAHAN KIMIA
Merujuk kepada pelbagai
kerja atau tugas, aspek penyimpanan merupakan salah satu aspek yang sangat
penting. Hal ini merangkumi simpanan data, bahan, alat, aset dan sebagainya.
Begitu juga dalam aspek penyimpanan bahan kimia, terdapat beberapa tatacara
yang harus diikuti. Kenapa tatacara ini perlu diikuti? Hal ini dapat dilihat
dalam keadaan seperti berikut:
.1.
Kita perlu beringat bahawa keadaan yang sering terjadi kebakaran, ledakan, atau
bocornya bahan kimia beracun adalah disebabkan kecuaian, maka dengan adanya
prosedur yang betul kejadian ini dapat dielakkan.
2. Bahan kimia perlu disimpan di dalam ruang
udara yang dingin, jauh dari bahaya kebakaran, perlu dijauhkan daripada saluran
gas dan perlu ditutup rapat jika tidak digunakan.
2.4
CARA
DAN PROSES MEMBUAT GENTIAN KACA
2.4.1 Pengenalan
Fiber
terhasil daripada dua jenis sumber yang berbeza iaitu dari sumber pasir silika
dan sumber kenaf. Pasir Silika ialah butiran silika yang bersaiz pasir iaitu
keratan rentas butiran dari 0.0625mm hingga 2mm dan mengandungi lebih daripada
95% kandungan SIO2. Pasir silika mempunyai pelbagai aplikasi dan merupakan
bahan mentah bagi kegunaan industri seperti industri pembuatan kaca, foundry,
pelelas, seramik, natrium silikat, bata penebat dan sebagainya. Pasir silika
boleh diperolehi dari tiga punca utama iaitu longgokan pasir silika semulajdi,
longgokan batu keras dan pasir bekas lombong.
Manakala,
kenaf pula adalah sejenis tumbuhan yang pesat berkembang dalam industri
pertanian. Antara ciri-ciri istimewa tumbuhan ini adalah ia mampu untuk tumbuh
dengan pantas dan boleh menjangkau ketinggian sehingga 3.7 – 4.3 meter dalam
masa hanya 4 minggu. Selain itu juga, tumbuhan ini hanya mampu berbunga sehari
sahaja. Tangkai tumbuhan kenaf ini mengandungi gentian yang sangat berguna
iaitu gentian di bahagian luar dan gentian di bahagian dalam. Gentian bahagian
luar atau dikenali sebagai gentian kulit mengandungi 40% berat daripada berat
tangkai kering dan ukuran panjang gentian ini biasanya 2.6 mm apabila diproses.
Gentian
bahagian ini amat sesuai digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan kertas.
Sementara itu, gentian di bahagian dalam iaitu gentian teras yang berwarna
putih mengandungi 60% berat daripada berat tangkai kering. Apabila ia diproses,
ia mampu menghasilkan gentian yang berukuran 6 mm. Gentian ini standing dengan
gentian yang diperolehi daripada kayu keras di mana gentian jenis ini biasanya
digunakan dalam penghasilan beberapa jenis produk kertas.
2.4.2 Cara dan Proses Menghasilkan Gentian Kaca
Fibreglass atau
Gentian kaca adalah terhasil daripada percampuran kering antara pasir sungai (silica
sand) dan limestone dan asid borik. Untuk menghasilkan Gentian kaca, bahan
campuran tersebut perlu dicairkan pada suhu 1260 ̊C. Kebaikan bagi bahan komposit
dari jenis Gentian kaca adalah produk akhir akan menghasilkan kekuatan produk yang
mempunyai tegangan yang tinggi, rintangan kepada kepanasan yang tinggi, lebih
ringan, kalis minyak dan air serta ianya murah dan merupakan penebat kepada
arus elektrik.
Melalui inovasi
dan perubahan teknologi kini, bahan fiber glass yang telah diproses boleh
diperolehi dalam beberapa ciri seperti berikut :
·
Continous fibres
·
Chopped fibres (15mm panjang setiap tetali)
·
Woven fabric.
·
Mats ( Chopped Strand Mat, CSM )
Kini, teknologi
gentian kaca telah berkembang pesat dengan penemuan inovasi seperti Fiber
Reinfoce Polimer yang digunakan dalam penghasilan pelbagai produk seperti kayak,
badan bot, tangki simpanan air, badan kereta solar dan lumba, sayap kapal
terbang dan beberapa lagi produk yang seumpamanya. Ianya dipilih berikutan
keupayaan dan sifat-sifatnya yang utama iaitu ringan dan kuat. Melalui inovasi
kini terdapat beberapa kaedah dalam pembentukan
produk menggunakan bahan komposit gentian kaca untuk memudahkan cara pembuatan
produk seperti kayak contohnya:
·
Hand Lay-Up (bengkalai tangan)
·
Compression Moulding
·
Pultrusion Method
·
Filament Winding
·
Auto Clave Moulding
·
Vacuum Bagging
·
Infusion
Kaedah-kaedah yang digunakan di atas
merupakan cetusan idea inovasi dalam menghasilkan bahan komposit Gentian kaca
yang dapat meningkatkan kualiti produk dan memudahkan pengeluaran
produk secara besar-besaran. Berikut dijelaskan salah satu kaedah
yang biasa digunakan dalam penghasilan produk dari bahan komposit Gentian kaca
iaitu secara Hand Lay-Up (bengkalai tangan)
i.
Kaedah pembinaan : Hand Lay-Up (Bengkalai Tangan)
` Proses
membentuk gentian kaca lembut setelah dibasahi oleh resin ke atas acuan kepada
bentuk yang dikehendaki (produk).
Acuan dihasilkan menggunakan kayu
mengikut rupabentuk produk dan saiz yang dikehendaki dan kemudiannya
pembentukan lapisan-lapisan daripada bahan-bahan seperti Gentian kaca, bahan
pengikat iaitu resin dan bahan pengeras di sapukan keatas acuan untuk membentuk
menikut bentuk acuan.
ii.
Kaedah pembinaan : Auto Clave Moulding
Proses membentuk gentian kaca diatas
permukaan acuan yang dipicu secara automatik oleh alat pemicu rasin.
2.4.3 Jenis Reka Bentuk Yang Diperbuat Daripada
Fiberglass Atau Gentian Kaca
Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam proses pembinaan
dan kaca gentian. Untuk menghasilkan gentian kaca atau fiberglass beberapa cara
dan proses perlu diikuti supaya hasil yang diperolehi menjamin kepuasan.
Antara salah satu contoh reka bentuk yang terhasil dari gentian kaca adalah
seperti berikut:
i. Sekiranya
seseorang itu memilih untuk membuat acuan (mould) langkah-langkah berikut perlu
diikuti. Barangan asal yang hendak dibuat akan
dibersihkan, ditampal dan diratakan. Setelah siap ianya akan digosok dengan
kertas pasir wet/dry 200 grid. Setelah semuanya kelihatan rata gosok pula
dengan menggunakan kertas pasir wet/dry 600 grid. Ulangi lagi menggosok dengan
grade 1000 atau menggunakan 'rubbing compound' jika perlu.
ii. Setelah berpuas
hati akan kerataan dan kelicinan 'plug', bersihkan plug tersebut daripada
segala habuk dan sapukan wax (mirror glaze wax) sebagai bahan pelekang. Kemudian,
tunggu beberapa minit sehingga kering dan kilatkan. Untuk membuat acuan, ulangi
proses menyapu wax kepada 'plug' ini sebanyak lima kali.
Untuk memudahkan proses melekang acuan daripada plug, kita boleh menggunakan 'PVA', tetapi jika sekiranya PVA tiada proses ini juga boleh dilakukan.
Untuk memudahkan proses melekang acuan daripada plug, kita boleh menggunakan 'PVA', tetapi jika sekiranya PVA tiada proses ini juga boleh dilakukan.
iii. Selesai dan berpuas
hati dengan kelicinan 'plug' tadi, maka
proses menyapu 'tooling gelcoat' dilakukan. Perlu diingatkan bahawa campuran
untuk 'tooling gelcoat' adalah sekitar 1% MEKP atau hardener. Sebelum itu 'cobalt'
perlu dicampurkan dahulu. Untuk satu bekas 'tooling gelcoat', biasanya sebesar
gelas biasa teh tarik digunakan, manakala 5 titik 'cobalt' adalah mencukupi. Ini adalah untuk mempercepatkan proses
pengerasan.
iv.
Biasanya proses pengerasan akan
mengambil masa kira-kira satu .jam jika cuaca panas dan mungkin akan lama sadikit jika cuaca mendung. Selain
itu, gunakan berus yang kering untuk menguji sama ada gelcoat telah cukup keras
untuk disalut dengan fiberglass, iaitu dengan melayangkan bulu berus tersebut
ke permukaan gelcoat. Jika pergerakan berus lancar tanpa tersekat maka bolehlah
mula membalut dengan fiberglass.
v.
Setelah selesai membalut seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7, basuhlah
berus dan roller serta kemaskan semua peralatan dan biarkan plug tadi kering. Sebelum
mould atau acuan tersebut dilekangkan adalah lebih baik dibersihkan dahulu
acuan tersebut dengan memotong lebihan fiberglass.
barangan sebenar dimulakan. Dengan acuan ini tidak kurang dari
50 unit barangan tersebut boleh dikeluarkan. Prosesnya hanyalah mengulangi tatacara yang telah diterangkan.
The Best Baccarat Sites in Canada
BalasPadamThe Best Baccarat Sites in Canada · Casino Bonuses. The 샌즈카지노 Canadian Casino Bonuses (CSB) are among the febcasino top three Canadian sites 바카라 when it comes to gambling. · Bonus